Friday, November 18, 2011

tido yang pelik

salam..


style tido zaman sekarang yang semakin berleluasa (ayat nak ala-ala pemberita gitu hahaha..) 


bantal berdarah
bagi yang suka tido mati bantal "berdarah" nie sangat sesuai untuk korang
supaya korang tak akan cuba terjaga lagi dahh...

bantal jam loceng
bagi yang liat nak bangun tido,walaupun pelbagai jenis jam loceng,binatang ternakan dan 
seangkatan dengannya berbunyi, tetapi korang tak bangun jugak jadi korang digalakkan 
menggunakan bantal jam loceng canggih ini supaya silaturahim antara jam loceng dan telinga anda dapat dieratkan..

bantal separuh badan lelaki
sesuai untuk gadis2 yang gatal nak berlaki atau isteri yang ditinggalkan suami serta idea baik untuk
suami yang nak larikan diri di waktu malam ke rumah isteri kedua secara selamat bila isteri pertama diorang tido..

bantal tisu
bagi yang baru putus cinta atau mengalami kesukaran mengawal air liur basi korang yang berleluasa
jadi korang digalakkan untuk menggunakan bantal tisu nie..bukan setakat mengawal air mata,air liur,hingus sahaja..
bantal ini juga sesuai untuk wanita yang malas nak basuh makeup mereka ketika nak tido hehe..


bantal muka buku
untuk mereka yang bajet-bajet study hard sesuai bebenor la bantal ni untuk korang..
bukan setakat tido yang lena korang juga dengan cara tidak lansung telah "membongak"(menipu) parent korang,supaya mereka hepi bila tengok korang study bagai nak rak sampai tido atas buku..


bantal peha wanita
 bagi pakcik-pakcik yang lama menduda sesuai juga menggunakan bantal peha perempuan seksi nie supaya tido anda menjadi lebih lena..dan sesuai juga untuk lelaki-lelaki yang teringin nak tido atas peha perempuan tanpa membuat dosa..


bantal batu
batu yang lembut!! tapi tolong jangan lakukan aksi seperti diatas jika anda pergi bermandi-manda di air terjun yang mempunyai banyak batu besar..

well, i should have one maybe.........
hmmm..

thank you for reading this entry yaa!!

No comments:

Post a Comment

semoga ALLAH memberkati kita semua :))