Monday, December 26, 2011

Nafsu Muka Buku???!

Salam..

just nak share lagu ni...bru jumpa dekat fesbuk tadi ^^





walaupun suara tak berapa nak sedap sgt kan tapi message kau memang sampai kat aku and semua orang yg dengar lagu nihhh..apa2 pun TANIAH kat kau bro!! ^^


p/s: bro!! tolong jgn masuk AF,MENTOR,VOKAL dan sebagainya yeee hehehee..



thank you!!



Saturday, December 24, 2011

yusry dan lisa nikah!!

Salam,
 curik dekat En. GOOgle yg tgh seronok sambut krismas -_-


pengumuman ini dibuat pagi tadi di Marriott hotel and Spa,Putrajaya..


yusry and lisa mengambil keputusan untuk bernikah pada 23 February 2012 yang tak lama lagi nihh..
berlansung di MASJID TUANKU MIZAN,putrajaya dan majlis resepsi akan berlansung di 
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) 26 February 
dalam majlis yang sederhana katanya..

apa-apa pun taniah ye korang!! 
nikah nanti mesti gempak gila..plus, lisa nad yusry memang padan sangat-sangat..
^^


lebih lanjut jum terjah bulan pandai bergosip

p/s: sapa ada kenduri kawin sila ajak aku ok hahahaha..

Friday, December 23, 2011

jangan hina makanan tuhh!!!

Salam..
jangan dihina makanan tuhh!!
*ayat mak kita bila kita tak suka atau duk maki-maki makanan yang kita tak suka..

kenapa???
sebabnya, nabi tak pernah hina makanan yang nabi makan..


sedang prektis nak jadi macam Rasullah S.A.W 
^^
.
.
.
.
.
lagi satu, kita tak boleh membazir makanan,kalau nak makan tu bajet-bajet la..
yang penting ambil sikit-sikit dulu..jangan pulak terus ambil banyak-banyak nanti tak habis pulak..
fikir la orang kat afrika tu tak makan, plus orang yang duk mintak sedekah lagi...
kesian..

*sedang berusaha ke arah itu

p/s: kepada yang tak suka makan makanan yg kwn korang makan tolong la jangan duk hina menda tuh depan kwn kau yg tengah makan tuhh. 

Thank you!!

lagu bruno mars HARAM!!

Salam..

mood tak payah nak emo sangat ok..
pagi tadi baru la dapat on fesbuk hahaa..dah dua hari tak on fesbuk tuh sebabnya aku busy sikit 
*macam lama je,padahal....

time duk belek-belek fesbuk tuh sambil baca beberapa wall kawan-kawan yang post mood diorang, gambar cun and berita-berita gempak macam majalah gempak tuh lalaala..
(tak lama lepas tu)
aku terjumpa la pulak sorang mamat ni duk hentam-hentam bruno mars dengan ayat kasar beliau
*hello!!!!! bro..kau hentam dia pehal dah confirm la dia buat lagu mengisahkan agama dia,kita islam tak payah la dengar habis citer..plus, kalau kat radio dia ada lagu nasyid its up to 'em la nak dengar or tak nak..bkn nak back up sapa2 tapi bazir boregh and tambah dosa kau kutuk orang kat wall kau bro..ramai orang baca le haishh!!
bro rambut kau kaler merah la -__-'

sebenarnya lah kan, aku dah pun tahu berita tuhh.
*bajet aku hebat la -_- tolong kipas aku jap..
berita mengisahkan lagu "it will rain" nyanyian bruno mars tu HARAM..
korang rasa???
first time aku dengar lagu tu mmg dah perasan dah dia duk sebut pekataan yg kita tak patut sebut..
sebabnya???

KITA ISLAM

malas nak taip panjang-panjang, saja nak share mende nihh..


lagu mat salleh ni kalau korang dengar balik boleh kata semua lirik dia ada unsur-unsur !@#$%%^&
tapi kita still dengar..kenapa???????

aku cakap banyak kat sini sikit lagi aku kena baling selipar jamban baru tahu kan hahahaa..

Thank you!!^^



Monday, December 12, 2011

Pemberian Baucar RM200 kpd Pelajar IPTA,IPTS dan Politeknik

salam..

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6,  seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

      Disember 2011


untuk keterangan lanjut yang jelas lagi nyata jum stalk Dato' seri Mohamed Khaled Nordin


*boleh la kurangkan beban korang sikit terutama IPTA yang memang banyak duit nak pakai untuk beli buku yang beratus-ratus harga dia



thank you!!

Sunday, December 11, 2011

short film - tomato

Salam..

boring-boring tengah hari ni duk melayan burung yang terbang kesana-kemari di luar rumah sambil myenyanyi lagu cindai by CT NURHALIZA memang la......seram.

bertambah pulak dengan mood aku sekarang ni yang bercampur-campur macam ais batu campur sebabnye kepingin nak nyanyi dengan burung-burung tuhh *wait! burung boleh nyanyi ke??
but, want can i do.......lidah aku sakit coz aku tergigit time aku rakus sangat makan nasik seminggu yang lepas..
mood nak makan masakan mak terbantut dan terkontut dah ni..
adushhhhh!

berhadapan dengan lappy PINEAPPLE, aku pun tengok-tengok la vid best kat utube tadi..
aku pun jumpa la vid best ni..bila tengok je vid ni perasaan sedih, hiba, ketawa sensorang, semua ada..
*aku serious ni

bagi aku, cara meluahkan pendapat or hasil kreatif kita macam vid ni dekat utube memang bagus, sebab??
sebabnya, orang sekarang ni duk gila melayan utube nih, tak kira korang ni tua, muda, bantut, tinggi or berbagai lagi lahhh..
semua ni layan utube,tak gempak ke???
*silap-silap PM pun tengok vid korang,jadi bertambah-tambah la gempak,mau pengsan sobolegh minit.

antara yang kreatif buat vid macam ni student la..
student??
yup...

jum tengok vid diorang ni jap, 11 minit tak lama mana pun..
sambil tunggu loading korang boleh pergi makan jap,tak pun nak pergi buang ayak besaq pun takpa..
takda hal lah..
 nak simpan vid buat kenangan pun takpa yang penting meh jumpa MADMIE
(nk letak vid kat entry ni tpi loading lambat so, tak payah -_-)

*aku tak suka utube yang baru ni

thank you!

Monday, December 5, 2011

takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat

Salam..

setiap yang pergi tak akan kembali..

apabila seorang anak Adam minggal dunia maka terputuslah segala 
amalannya melainkan tiga perkara iaitu...

- sedekah yang mengalir (jariah)
- ilmu yang bermanfaat 
- dan, anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

takziah untuk keluarga KHAIRUL FAHMI CHE MAT di atas kehilangan adik beliau,
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
semoga APEK sekeluarga tabah dan menempuhi ujian ALLAH dengan redha..
AMIIN..

Al-Fatihah.....




thank you!!

Friday, December 2, 2011

klon martha in da house yawww!!

Salam sayang seribu kali sayang semua~

-__-

semalam duk tengok adik aku main game PET SOCIETY kat fesbuk tuhh..tak sengaja pulak mata bulat lagi besar nie ternampak pulak RAINBOW CAKE yang nampaknya macam sedap je..
*dia kasi pet dia makan kek tuh sebenarnya cehh!


tak memasal terdetik di hati kecil lagi suci ni untuk aku menanam semangat yang gitu untuk buat kek ni.. :)
GOooO yaya!!!


agak huduh sikit tapi sedaaaappp!!

btw, resepi dari martha steward memang menjadi hehee..

nak terasa diri HEBAT ala-ala chef wan gitu meh SINI


thank you!!