Monday, December 26, 2011

Nafsu Muka Buku???!

Salam..

just nak share lagu ni...bru jumpa dekat fesbuk tadi ^^





walaupun suara tak berapa nak sedap sgt kan tapi message kau memang sampai kat aku and semua orang yg dengar lagu nihhh..apa2 pun TANIAH kat kau bro!! ^^


p/s: bro!! tolong jgn masuk AF,MENTOR,VOKAL dan sebagainya yeee hehehee..



thank you!!



Saturday, December 24, 2011

yusry dan lisa nikah!!

Salam,
 curik dekat En. GOOgle yg tgh seronok sambut krismas -_-


pengumuman ini dibuat pagi tadi di Marriott hotel and Spa,Putrajaya..


yusry and lisa mengambil keputusan untuk bernikah pada 23 February 2012 yang tak lama lagi nihh..
berlansung di MASJID TUANKU MIZAN,putrajaya dan majlis resepsi akan berlansung di 
PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) 26 February 
dalam majlis yang sederhana katanya..

apa-apa pun taniah ye korang!! 
nikah nanti mesti gempak gila..plus, lisa nad yusry memang padan sangat-sangat..
^^


lebih lanjut jum terjah bulan pandai bergosip

p/s: sapa ada kenduri kawin sila ajak aku ok hahahaha..

Friday, December 23, 2011

jangan hina makanan tuhh!!!

Salam..
jangan dihina makanan tuhh!!
*ayat mak kita bila kita tak suka atau duk maki-maki makanan yang kita tak suka..

kenapa???
sebabnya, nabi tak pernah hina makanan yang nabi makan..


sedang prektis nak jadi macam Rasullah S.A.W 
^^
.
.
.
.
.
lagi satu, kita tak boleh membazir makanan,kalau nak makan tu bajet-bajet la..
yang penting ambil sikit-sikit dulu..jangan pulak terus ambil banyak-banyak nanti tak habis pulak..
fikir la orang kat afrika tu tak makan, plus orang yang duk mintak sedekah lagi...
kesian..

*sedang berusaha ke arah itu

p/s: kepada yang tak suka makan makanan yg kwn korang makan tolong la jangan duk hina menda tuh depan kwn kau yg tengah makan tuhh. 

Thank you!!

lagu bruno mars HARAM!!

Salam..

mood tak payah nak emo sangat ok..
pagi tadi baru la dapat on fesbuk hahaa..dah dua hari tak on fesbuk tuh sebabnya aku busy sikit 
*macam lama je,padahal....

time duk belek-belek fesbuk tuh sambil baca beberapa wall kawan-kawan yang post mood diorang, gambar cun and berita-berita gempak macam majalah gempak tuh lalaala..
(tak lama lepas tu)
aku terjumpa la pulak sorang mamat ni duk hentam-hentam bruno mars dengan ayat kasar beliau
*hello!!!!! bro..kau hentam dia pehal dah confirm la dia buat lagu mengisahkan agama dia,kita islam tak payah la dengar habis citer..plus, kalau kat radio dia ada lagu nasyid its up to 'em la nak dengar or tak nak..bkn nak back up sapa2 tapi bazir boregh and tambah dosa kau kutuk orang kat wall kau bro..ramai orang baca le haishh!!
bro rambut kau kaler merah la -__-'

sebenarnya lah kan, aku dah pun tahu berita tuhh.
*bajet aku hebat la -_- tolong kipas aku jap..
berita mengisahkan lagu "it will rain" nyanyian bruno mars tu HARAM..
korang rasa???
first time aku dengar lagu tu mmg dah perasan dah dia duk sebut pekataan yg kita tak patut sebut..
sebabnya???

KITA ISLAM

malas nak taip panjang-panjang, saja nak share mende nihh..


lagu mat salleh ni kalau korang dengar balik boleh kata semua lirik dia ada unsur-unsur !@#$%%^&
tapi kita still dengar..kenapa???????

aku cakap banyak kat sini sikit lagi aku kena baling selipar jamban baru tahu kan hahahaa..

Thank you!!^^



Monday, December 12, 2011

Pemberian Baucar RM200 kpd Pelajar IPTA,IPTS dan Politeknik

salam..

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6,  seperti berikut:

1.
Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2.
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.


3.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.
Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.
Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.
Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.
Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

      Disember 2011


untuk keterangan lanjut yang jelas lagi nyata jum stalk Dato' seri Mohamed Khaled Nordin


*boleh la kurangkan beban korang sikit terutama IPTA yang memang banyak duit nak pakai untuk beli buku yang beratus-ratus harga dia



thank you!!

Sunday, December 11, 2011

short film - tomato

Salam..

boring-boring tengah hari ni duk melayan burung yang terbang kesana-kemari di luar rumah sambil myenyanyi lagu cindai by CT NURHALIZA memang la......seram.

bertambah pulak dengan mood aku sekarang ni yang bercampur-campur macam ais batu campur sebabnye kepingin nak nyanyi dengan burung-burung tuhh *wait! burung boleh nyanyi ke??
but, want can i do.......lidah aku sakit coz aku tergigit time aku rakus sangat makan nasik seminggu yang lepas..
mood nak makan masakan mak terbantut dan terkontut dah ni..
adushhhhh!

berhadapan dengan lappy PINEAPPLE, aku pun tengok-tengok la vid best kat utube tadi..
aku pun jumpa la vid best ni..bila tengok je vid ni perasaan sedih, hiba, ketawa sensorang, semua ada..
*aku serious ni

bagi aku, cara meluahkan pendapat or hasil kreatif kita macam vid ni dekat utube memang bagus, sebab??
sebabnya, orang sekarang ni duk gila melayan utube nih, tak kira korang ni tua, muda, bantut, tinggi or berbagai lagi lahhh..
semua ni layan utube,tak gempak ke???
*silap-silap PM pun tengok vid korang,jadi bertambah-tambah la gempak,mau pengsan sobolegh minit.

antara yang kreatif buat vid macam ni student la..
student??
yup...

jum tengok vid diorang ni jap, 11 minit tak lama mana pun..
sambil tunggu loading korang boleh pergi makan jap,tak pun nak pergi buang ayak besaq pun takpa..
takda hal lah..
 nak simpan vid buat kenangan pun takpa yang penting meh jumpa MADMIE
(nk letak vid kat entry ni tpi loading lambat so, tak payah -_-)

*aku tak suka utube yang baru ni

thank you!

Monday, December 5, 2011

takziah kepada Khairul Fahmi Che Mat

Salam..

setiap yang pergi tak akan kembali..

apabila seorang anak Adam minggal dunia maka terputuslah segala 
amalannya melainkan tiga perkara iaitu...

- sedekah yang mengalir (jariah)
- ilmu yang bermanfaat 
- dan, anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

takziah untuk keluarga KHAIRUL FAHMI CHE MAT di atas kehilangan adik beliau,
semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
semoga APEK sekeluarga tabah dan menempuhi ujian ALLAH dengan redha..
AMIIN..

Al-Fatihah.....




thank you!!

Friday, December 2, 2011

klon martha in da house yawww!!

Salam sayang seribu kali sayang semua~

-__-

semalam duk tengok adik aku main game PET SOCIETY kat fesbuk tuhh..tak sengaja pulak mata bulat lagi besar nie ternampak pulak RAINBOW CAKE yang nampaknya macam sedap je..
*dia kasi pet dia makan kek tuh sebenarnya cehh!


tak memasal terdetik di hati kecil lagi suci ni untuk aku menanam semangat yang gitu untuk buat kek ni.. :)
GOooO yaya!!!


agak huduh sikit tapi sedaaaappp!!

btw, resepi dari martha steward memang menjadi hehee..

nak terasa diri HEBAT ala-ala chef wan gitu meh SINI


thank you!!

Tuesday, November 22, 2011

GARUDA dibaham HARIMAU!! auuummmmm!!!

Salam..

Jutaan TANIAH dari rakyat MALAYSIA untuk abang-abang hensem sekalian atas kemenangan anda menentang indonesia!! yeaahhh!!




tak sangka sangat korang hebat rupanya hahahahaa..
game pada masa pertama memang aku tangkap malas nak tengok sebab korang agak LEMBAB sikit..
(kata je tak tengok padahal aku yang paling kuat menjerit tadi...^^)


nyaris aku tak sakit jantung tengok korang main tadi memang mencabar keimanan betul..
fuhhhhh!!
kalau tak ada KHAIRUL FAHMI CHE MAT aku tak tahu la..
maybe separuh masa pertama INDONESIA boleh gol lopan bolegh bijik dah..
-_-'


apa-apa pun semua dah buat yang terbaik..anda semua memang HENSEM HEBAT!!
TANIAH!!


disebabkan bufday aku + korang menang, hari ini aku nak korang kasi aku cuti hehehe..
bolehhh dok??


btw,kesian jugak indonesia yang kalah tu..


tabahkan diri ya pak.. :(



HARIMAU MALAYA BOLEH!!
thank u for reading dis entry yaa!!

Sunday, November 20, 2011

beruk macam orang

Salam ^^


seyes, aku tak tahu diorang nie letak otak kat mana..dah sah-sah diorang nie BERUK bertopengkan MANUSIA...

dasar mat indon tak sedar diri betul, tak tahu pulak Malaysia dah tolong diorang kat sini diorang buat macam tu pulak grrrr..

perasan atau tak bendera kita jugak yang diorang guna untuk tutup maruah diorang,sebab malaysia nie ada maruah..dogol punya mat indon!!
muka sorang-sorang mintak penampor je!!
(mesti pasal bola kalah nie..)

terima kasih atas ihsan muka buku ^^

thank you for reading this entry yaa!

Friday, November 18, 2011

strawberry choc cake with peach cream

Salam..

kek bufday yang ditunda ke hari raya haji..
(3 nov bertukar ke 7 nov)



actually, kek ni memang untuk bufday adik den tapi dah dibawa ke hari lain iaitu raya haji hehe..
disebabkan den gatai tangan nak buat kek ni jadi,omak den pun menyalokan lampu hijo tando memberi polopasan untuk den bowek kek bufday adik den ni haaa..
raso kek yo tak perlu dicitokan, dah semesti yo sodap menjilat tangan den nie haaa..
muahahaaha..
kek memang dibuat huduh macam ni sobab yo eden pagi2 bangun dongan mato ponuh taik mato enden terus 
mendecorate kek nie..
so, kek ni hasil air tangan orang baghu bangun tido..(aku bgun subuh kot -_-')


di sobabkan den terlobih bowek kek nie, jadi secara tidak lansung kek tersobut menjadi duo..



yang ni den pakai gasak yo apo-apo yang ado den bubuh yo..janji rupo ado seiras kek,
hohohhoho..
yang nie semesti yo bukan untuk adik den la..nie untuk tetamu yang tak di undang heehe..
(sekian bahasa nogori yang tak macam nogori,mix dengan bahasa kay ell)

p/s: tolong maki kehuduhan kek ni..-_-'



thank you fer reading this entry yaa!!

tido yang pelik

salam..


style tido zaman sekarang yang semakin berleluasa (ayat nak ala-ala pemberita gitu hahaha..) 


bantal berdarah
bagi yang suka tido mati bantal "berdarah" nie sangat sesuai untuk korang
supaya korang tak akan cuba terjaga lagi dahh...

bantal jam loceng
bagi yang liat nak bangun tido,walaupun pelbagai jenis jam loceng,binatang ternakan dan 
seangkatan dengannya berbunyi, tetapi korang tak bangun jugak jadi korang digalakkan 
menggunakan bantal jam loceng canggih ini supaya silaturahim antara jam loceng dan telinga anda dapat dieratkan..

bantal separuh badan lelaki
sesuai untuk gadis2 yang gatal nak berlaki atau isteri yang ditinggalkan suami serta idea baik untuk
suami yang nak larikan diri di waktu malam ke rumah isteri kedua secara selamat bila isteri pertama diorang tido..

bantal tisu
bagi yang baru putus cinta atau mengalami kesukaran mengawal air liur basi korang yang berleluasa
jadi korang digalakkan untuk menggunakan bantal tisu nie..bukan setakat mengawal air mata,air liur,hingus sahaja..
bantal ini juga sesuai untuk wanita yang malas nak basuh makeup mereka ketika nak tido hehe..


bantal muka buku
untuk mereka yang bajet-bajet study hard sesuai bebenor la bantal ni untuk korang..
bukan setakat tido yang lena korang juga dengan cara tidak lansung telah "membongak"(menipu) parent korang,supaya mereka hepi bila tengok korang study bagai nak rak sampai tido atas buku..


bantal peha wanita
 bagi pakcik-pakcik yang lama menduda sesuai juga menggunakan bantal peha perempuan seksi nie supaya tido anda menjadi lebih lena..dan sesuai juga untuk lelaki-lelaki yang teringin nak tido atas peha perempuan tanpa membuat dosa..


bantal batu
batu yang lembut!! tapi tolong jangan lakukan aksi seperti diatas jika anda pergi bermandi-manda di air terjun yang mempunyai banyak batu besar..

well, i should have one maybe.........
hmmm..

thank you for reading this entry yaa!!

Saturday, November 5, 2011

malu nak tengok anugerah skrin semalam...

salam..
anugerah skrin semalam memang...........bosan!!
plus,tetiba aku rasa malu nak tengok ROZITA CHE WAN jadi pengacara semalam..
bukan sebab beliau seksi or aku jeles dengan beliau tahu!


perasan atau tak ROZITA CHE WAN nampak mcm kayu aje semalam..hehe (sorie yea,nie pendapat ikhlas saya)
bagi aku la, beliau tak sesuai jadi pengacara, lagipun semalam menda kelakar pun jadi tak kelakar sebab mereka (ALLY ISKANDAR) macam takda keserasian aje..
dalam kebosanan semalam ada la juga hiburnya time SHAHEIZY SAM dengan ROSYAM NOR buat scene kelakar..itu pun sekejap jela.......
(aku rasa dorang lagi sesuai jadi pengacara kot..sesuai gitu hehe..)

paling kesian,macam2 masalah timbul time artis2 yang sampaikan keputusan kena handle ipad tuhh..
kesian pulak aku tengok..better pakai kad biasa macam dulu2, aku faham anugerah skrin nak ADVANCED sikit..tapi advanced yang menyusahkan + memalukan artis jugak bila dorang tergagau nak handle benda tu..
(aku tutup mata tak nak tengok time ada artis yg mengagau nak tengok keputusan)
maybe next time kalau guna ipad tu mereka dah biasa lak kot..
(harap-harap la..)
.
.
.

anugerah skrin semalam memang biasa2 aje..
(shaheizy sam tu comel larrrrr!! huhuhuhu..)


Thank you for reading this entry yar!!


Friday, October 28, 2011

mini food carnival-part 2

salam..

seyesly, aku lupa nak buat entry mini food carnival part 2 aku hahaa..
hadoii!!
dah berbulan-bulan kot..
lantak!!
excited aku suh kawan aku baca padahal aku tak buat pun, kompom la sesangat kawan aku mesti maki hamun aku berbulan-bulan jugak -_-'
(duk belek-belek gambar baru aku teringat pasal entry tuhh huh!!)

gambar carnival sangat la banyak jadi yang selebihnya lagi onam tahun aku kasi korang tengok ea..
^-^

penjual burger HOT wuhu!!

emotion yang happy sesangat

sambil beli mari berhibur yeahhhh!!

untung and rugi sesangat la penting kalau korang tak ambik kesah alamat lingkup la business korang

bila dah dapat untung memang korang akan rasa diri korang sesangat la POWER  (ala-ala power ranger gitu)


-______________-'

menyampah mak!!


ehhh!! nie bukan botol kicap ok nie air CAP AYAM mmg sedap blurbbb!!

ingat HOT la tu korang duk nyanyi depan gerai tuhhh!!
(jeles)

ni pula gerai den..den jual dorayaki,pancake,nasi ala kak wok
(kalau tak tahu nasi kak wok nie tolong la tanya EN.GOOGLE)

kalau nak masak mesti kena ada gas yea dak??



boleh tak aku niaga kat pasar malam sambil main gitar???
HOT2 gitu..
hahahahahahahahahaaha...
kompom takde orang datang gerai aku -_____________-'









thank tou for reading this entry yarrr!!!
^_^

Friday, October 21, 2011

kau pun nak jadi artis

salam sayang semua..

sambil melepak2 minum kopi sambil makan cokodok pisang kat luar rumah sambil mencuci mata tengok laki2 ensem duk jogging dpn rumah aku..
juga bersama2 mp3 and
 berulang2 aku duk dengar lagu berdua bersatu nyanyian FORTEEN
huh!!

ok
aku bosan pulak
.
.
.
my frenz yang suruh aku dengar lagu ni,for the first time macam best aje,
time tengok vid diorang ni macam aku kenal aje yang sorang ni..........
hmmmm...
ok classmate aku rupanye
hensem jugak aku tengok kau dalam utube uhh..
beribu riban la org LIKE vid diorang dibawah KRU records
gempak kot!!!

 aku curik pic kau kat fb hahahahaa..sorie beb!!
yang nie aje aku curik ok

nama: mohamad ariff amerais
 (aku tak tahu nak eja nama kau cmne hahaha)
tempat lahir: kota bahru, kelantan
umor: rahsia.............. haktui!!!!
status: ada gf pun hehe..
fb: like aja fan page die ok
student lagi
he is the one who call me fatimah -_-'



yang ni aku tak curik ok!!

bufday classmate aku jugak..
excited si rais nie habuk kan kwn aku sorang nie..kesian dia -_-

btw,jangan lupa vote la group diorang ok!! ala2 k-pop gitu..nyampah aku



thank you for reading this entry yar..


Thursday, October 13, 2011

laici kong!! mana kau!!

salam..

Nowadays, hari kadang2 hujan kadang panas bila panas tu memang rasa macam dalam oven dah aku rasa 
-________________-
bertambah-tambah,tolak, bahagi dan sebagainya bila chicken pox aku menggatal satu badan..
seriously, memang tak best and tak cool pun.
.
.
.
bila dah sakit nie tetibe pulak aku teringin nak makan laici kong time bulan pose ritu.
(pak cik oii kenapa la anda jual bulan pose aje???saye rindu pulak........i mean rindu dekat laici kong tu larhhhh not u ok!)

laici kong yang sedap bila kita dapat bersua lagi????
-_________________-
sejuknya anda macam salji,
manisnya anda macam gula,
lembutnya anda mcam kapas,
licinnya anda macam lintah,
ouuuh!!! aku rinduuuuuuuuuu..
(terpakse la tunggu taun depan aje...jangan sampai aku buat mende nie suda, lingkup business pak cik kunk hehe..)


thank you for reading this entry yar!

Friday, September 30, 2011

cara potong kuku ikut sunnah

salam!!

segalanya bermula dari anda!! (tak boleh bler ayat aku hehe)

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..ustazah aku kata kalau simpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut...
Tak boleh bayangkan aku ternak mende tuhh -_-


selain tu kita tak boleh ada niat simpan kuku panjang ,
walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu/islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
(hamba ALLAH, kalau mak tak reti masak??
Aku, salahkan bibik kalau jadi macam tuhh hehe..
Hamba ALLAH, kalau mak pakai sarung tangan??
Aku, same jugak dosa faham!!
Hamba ALLAH, kalau……………
Aku, … (dlm ati: nescaya kena lompang jugak muko budak nie pakai tangan jiran sebelah kunk!!)


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

kajian mengatakan,
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.



Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


thank you for reading this entry yarrr!!

Thursday, September 29, 2011

akhir zaman ramai perlekehkan kwajipan tutup aurat


salam..
aku ingat lagi time kecik2 ustazah kita ajar cara2 nak tutup aurat n bla3..


Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
comel jugak!!

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? 

marilah muhasabah diri semoga ALLAH memberi pertunjuk dan membuka pintu hati kita untuk kembali ke jalan yg benar..

thank you for reading this entry yarrr!!

Friday, September 16, 2011

apa pun tak bolehh...

salam..

bukan setakat musim buah je sekarang nie..musim domam pun ado,
aku dah terperangkap dalam musim nie..arghhh!!!
APA PUN TAK BOLEH
dengan suara yg agak seksi aku tak digalakkan bercakap,
tak terkecuali jugak aku kembali menjadi budak hingusan
(hingus meleleh2 -_-' )

HEYYY!!
apa kaitan aku punya demam dengan vid nie pulak!!

tetiba rasa macam hingus aku dah naik kat kepala otak aku pulak ,
seyes aku tak boleh tido dengan keadaan aku sekarang nie....
selsema tolong pegi jauh dari budak comel ni plizzzzzzzz
jangan main dengan dia,sebab dia tak suka awak..
FAHAM!!

(takde kaitan dengan entry)


nie cuzin aku..sore dia sedap manis lagi bermadu...


jangan tanye kenapa vid nie terbalik..
nie style ok..style...
hanya yang tahu seni je faham maksud vid nie..
(boleh pulak macam tu -_-')
muahahahahahaha...


thank you for reading this entry yarrr!!

Tuesday, September 13, 2011

DNA BABI dalam makanan

salam..




SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
thank you for reading this entry yarr!!
tanz to kak jee for the info..