Friday, September 30, 2011

cara potong kuku ikut sunnah

salam!!

segalanya bermula dari anda!! (tak boleh bler ayat aku hehe)

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..ustazah aku kata kalau simpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut...
Tak boleh bayangkan aku ternak mende tuhh -_-


selain tu kita tak boleh ada niat simpan kuku panjang ,
walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu/islam yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.
(hamba ALLAH, kalau mak tak reti masak??
Aku, salahkan bibik kalau jadi macam tuhh hehe..
Hamba ALLAH, kalau mak pakai sarung tangan??
Aku, same jugak dosa faham!!
Hamba ALLAH, kalau……………
Aku, … (dlm ati: nescaya kena lompang jugak muko budak nie pakai tangan jiran sebelah kunk!!)


Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

kajian mengatakan,
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.



Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.


thank you for reading this entry yarrr!!

Thursday, September 29, 2011

akhir zaman ramai perlekehkan kwajipan tutup aurat


salam..
aku ingat lagi time kecik2 ustazah kita ajar cara2 nak tutup aurat n bla3..


Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)
comel jugak!!

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? 

marilah muhasabah diri semoga ALLAH memberi pertunjuk dan membuka pintu hati kita untuk kembali ke jalan yg benar..

thank you for reading this entry yarrr!!

Friday, September 16, 2011

apa pun tak bolehh...

salam..

bukan setakat musim buah je sekarang nie..musim domam pun ado,
aku dah terperangkap dalam musim nie..arghhh!!!
APA PUN TAK BOLEH
dengan suara yg agak seksi aku tak digalakkan bercakap,
tak terkecuali jugak aku kembali menjadi budak hingusan
(hingus meleleh2 -_-' )

HEYYY!!
apa kaitan aku punya demam dengan vid nie pulak!!

tetiba rasa macam hingus aku dah naik kat kepala otak aku pulak ,
seyes aku tak boleh tido dengan keadaan aku sekarang nie....
selsema tolong pegi jauh dari budak comel ni plizzzzzzzz
jangan main dengan dia,sebab dia tak suka awak..
FAHAM!!

(takde kaitan dengan entry)


nie cuzin aku..sore dia sedap manis lagi bermadu...


jangan tanye kenapa vid nie terbalik..
nie style ok..style...
hanya yang tahu seni je faham maksud vid nie..
(boleh pulak macam tu -_-')
muahahahahahaha...


thank you for reading this entry yarrr!!

Tuesday, September 13, 2011

DNA BABI dalam makanan

salam..




SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.
thank you for reading this entry yarr!!
tanz to kak jee for the info..

Saturday, September 10, 2011

mcm mane nak buat apple cheese strudel ehh??

salam,

cuti2 hujung minggu nie rasa nak makan macam-macam aje..
tetibe terbayang di mindaku yang cerdas nie hot dessert yang memang confirm sedap kalau makan petang2 
macam nie..




mehhh,tengok cara2 nak buat apple cheese strudel nie..

BAHAN2:
A
2 helai phyllo pastry (boleh beli dekat pasaraya jew,tesco,giant......)

 untuk filling apple cheese studel:
B
2 biji green apple (potong wedges/cube)
150 g gula perang
sedikit serbuk kayu manis
(campurkan apple,serbuk kayu manis n gula perang,if ada air tapiskan)

C
200 g cream cheese
50 g icing sugar
(pukul cream cheese n icing sugar sampai gebu sikit)

D
50 g  almond flakes
50 g raisin

CARA2 NAK SEDIAKAN;

firstly, susun bahan B di atas 2 helai phyllo pastry tadi..
kalau guna satu maybe phyllo pastry koyak sebab phyllo pastry nie nipis..
then, paipkan cream cheese di atas apple tadi..
lastly, taburkan almond flakes n raisin di atas cream cheese tadi..
gulung phyllo pastry macam gulung popia n sapukan kuning telur..
saiz ikut suka..
bakar pada suhu 170c,15 min 
(suhu n masa mengikut oven/kebanyakan oven tak sama suhu dia)

btw, nie phyllo pastry tau..kalau ade yg sejibik macam nie memang kredit la tuk korang..


selamat mencuba!!

thank you for reading this entry yarrr!!

Friday, September 9, 2011

cukai pakai toilet

salam..

topup pun kena cukai ker??
susah la nak SMS mcm nie adoiiii....
hampeh!!



aku pelik semua salahkan GOV..
yg pasti aku tengok tv tadi GOV tahu yang rakyat tak setuju dengan mende mengarot niehhh..
yg tak suka GOV pulak bertambah2 la menyinger dengan khabar yg tak berangin nie..

mintak2 perdana menteri kite boleh buat something...maybe hmmm -_-


HIDUP SATU MALAYSIA!!!

thank you for reading this entry yarr!!

ko mesti jeles sebab aku ada BF kann??????

salam..


mood: geram 
sebab2 aku geram sangat nie fasal ada la makluk ALLAH yang suka judge orang ikut suka dia je..
masalah besar dia tak kaji peta Malaysia betul2 macam tu la..
(macam aku kaji je hehe..)
maksud aku beliau nie pakai terjah je, tak tahu pape tetibe je nak fitnah2 orang..
in point of fact, aku tak kesah sangat dengan beliau yg ikut perasaan ni..
kalau beliau nak bising sorang2 takpe je..
(berapa ramai dh tahu kata2 durjana beliau aku sendiri tak tau)
ayat panas beliau:

EQA JELES TUE SEBAB ***** KAPEL DENGAN ***** KAN???
(nada sound kwn aku dgn penuh kasih syg..)
(waklu!!!! panas jew aku dengar kwn aku cerita..lagi satu kawan aku pun pelik asal beliau nie pegi sound kwn aku yg tak tahu apa2 tuhh..then, tak kasi kwn aku cerita kat aku pulak???motif beliau sound kwn aku??
then, tak kasi pulak cerita??mmg tak la BEST FREN aku nk diam kan???)
orang lain pun ada bf cik kak oii!!
BE MUTURED PLEASE!

kadang2 tepikir jugak macam mana mende remeh mcm ni boleh jadi,
maybe sebab kite ikut perasaan sangat kot,
tak pikir pulak yg di sound tu kwn aku,
masalah la awok nieeee........

bawak la banyak2 bersabar yea, biar ati awak lebih senang nanti..
n tak mudah JEALOUS hehe..

just wanna share this funny cartoon for those yg kuat jeles dengan mende remeh-temeh hehe..



aku rasa video matluthfi ni mcm ada kena-mengena n mmg kena sgt lar dgn post aku nie..
sesuai for those yg suka judge org ikut suka-suki dorang..



note: bagi aku TAK SEMESTINYA org yg single tuhh jeles kat orang yg BERCOUPLE
-_-'



thank you for reading this entry yarrrr!!