Wednesday, October 31, 2012

kahwin muda hewhew~

Assalammualaikum.....

haiii semua!! lama betul tak update blog nih....
disebabkan lappy yang tersayang dah lama rosak jadi agak la rumit and susah untuk aku update blog tersayang nihhh...
banyak news nak dishare sebenarnya tapi masa dan lappy tidak mengizinkan untuk aku meneruskan usaha mengupdate blog ni huhuhu..
*apa aku merepek ni -_-'

inshaAllah bila ada free time nanti akan aku update blog yang tak seberapa nihhh...

*untuk tatapan sendiri dan orang lain juga (kalau ada orang tgk blog ni huhu~)

dari entry yang pendek ni aku pajatkan doa untuk kite semua semoga berjaya dunia akhirat ok!!
amiin...
*tetibe


btw,moood aku sekarang tengah cari keje..jadinya aku agak busy tahun ni...hahahahaha
*lama kot aku busy...tu blum kawin lagi hehe...kalau kawin tak tahu la..

ehhh! sekarang musim kawin muda kn???so,dikesempatan ini aku nak ucapkan taniah yang teramat sangat pada sahabat baik ana yang selamat di ijab kabul pada raya haji yang kedua hari tu...taniah lagi sekali huhu~


semoga sahabat ana SHAFIQ dapat menjadi suami yang soleh kepada iseri beliau..dan bapa kepada bakal anak-anak beliau...^^


bila tengok video matluthfi "drama-drama kawin" aku teringat kwn aku ni huhu...dah memang musim kawin muda....taniah kepada sesiapa yang baru kahwin and yang akan kahwin dalam usia yang muda macam kitorang ni....ehhhh!! macam kawan aku ni hihi...^^

terima kasih.


SELAMAT BERKAHWIN SEMUA ^^


Saturday, September 8, 2012

POLITIK bawah umur

ASSALAMUALAIKUM..


tajuk hari ini politik bawah umur..
kenapa aku kata politik bawah umur..sememangnya bawah umur adalah orang-orang yang muda...
kurang ilmu...tak pandai...suka hati aja nak buat apa pun..

motif aku tulis entry pasal politik ni..sememangnya aku dah bosan dengan LIKE,SHARE,COMMENT and macam-macam lagi pasal politik nihh
caci maki semua ada..buruk-burukkan semua pihak..

sememangnya rakyat sendiri pun akidah tak bagus nak pergi hantam pula orang lain..
haish!


kepada muda-mudi yang masih kurang mengerti apa itu politik aku rasa better korang pikir dulu sebelum cakap kata-kata kesat pada mana-mana pihak...

sangat la tak matured ok...


isu ni aku rasa dah jadi sangat besar..budak-budak sekolah pun dah pandai cakap pasal politik nihh..
politik kantin sekolah laaa..politik toilet sekolah laa..politik cikgu sekolah laa..macam-macam..

nak bebel panjang karang ada juga yang menyampah dengan aku hehe..
maaf...


lastly aku nak suggest buku best untuk student yang mana nak tahu mengenai pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W masa zaman-zaman dahulu yang patut kita ambil ikhtibar dan pengajaran serta contoh untuk negara maju Malaysia tercinta...
(gambar dah hilang...tanjuk dia PERANG-PERANG YANG BENAR)

dan byk lagi buku-buku yang berkisah tentang politik zaman nabi dulu...
(cari aja dekat POPULAR)
hehehe..


cari ilmu dulu baru boleh hurai kesah politik sekarang dengan politik zaman nabi kita...
utamakan perintah ALLAH dan Nabi-Nya dan jauhi larangan-Nya.




semoga ALLAH membantu kita dikala susah ataupun senang..
AMIIN.


kata hati: sememangnya aku suka kalau USTAZ AZHAR IDRUS jadi PM...
nescaya ramai juga setuju...

keperibadian ustaz membuatkan ramai percaya ustaz memang boleh jadi PM hehe..




terima kasih.

GANGNAM STYLE!!!

ASSALAMUALAIKUM..


GANGNAM STYLE!! 

atau lebih senang untuk di huraikan GANGNAM FEVER! ala-ala justin bieber gitu hahahaaa..

disebabkan ramai benar dah duk heboh mcm jom heboh pasal gangnam style punya lagu and tarian dia yg macam naik kuda tu..so,dikesempatan yang ada ni aku pun nak sibuk juga lahhh..

tak boleh??

suka aku la hehe..

ramai sekarang dah buat parody video lagu ni...macam-macam ada hehe
aku layan sekadar nak ketawakan diorang aja hahahahaa..

kelakar~

jadi siapa yg belum tahu pasal gangnam ni mesti korang ni busy sangat kan??


takpe-takpe kalau nak tahu la..pergi aja search gangnam style tengok puas2..
KL GANGNAM STYLE  pun ada hahaha..


ok semua!! jangan taksub sangat pasal video nihh..
tengok sekadar suka-suka aja ok..
tak payah nak belajar sangat cara dia joget tuhh..

bak kata USTAZ AZHAR IDRUS
"daripada belajar menari gangnam baik belajar mengaji"

betul ke tidak??hehe..

pikir la sendiri...


terima kasih kepada google image hehe..


kata hati: kalau aku nak ustaz azhar idrus jadi PM boleh tak??
(tetiba)

terima kasih.

Wednesday, July 25, 2012

SAVE Maryam!!!

Salam sayang...




sudah lama hamba tidak berdating sama ini blog hehehe..rasa rindu teramat sangat sama beliau..

macam biasa aku nak share satu video yang mana mengisahkan tentang rakyat Indonesia yang rata-ratanya 
 sekarang bertukar agama..bak kata mat salleh convert agama diorang daripada Islam ke agama Kristian..

so,video ni dibuat untuk mendapat support dari orang islam seluruh dunia mengenai masalah diorang sekarang ni..

walaupun kita tak dapat bantu dari segi wang ringgit aku rasa adalah lebih baik kita guna alternative lain..

contoh kita boleh berdoa untuk diorang kembali ke pangkal jalan and share video macam aku tengah buat sekarang ni, supaya lebih ramai warga dunia yang membantah aktiviti mengarut diorang ni..

aku ada juga baca komen di video tu,yang mana rakyat indonesia sendiri mengaku ramai yang telah bertukar agama..tapi mereka yang bertukar agama ni datangnya dari luar bandar..lebih senang cerita kampung yang ketinggalan dalam arus pembangunan sekarang,penduduk yang tak tahu apa-apa dan penduduk kampung yang tak celik IT..

bahkan, ada yang bertukar agama disebabkan kemiskinan, kurang berpelajaran, dan orang yang bergelempangan (tiada rumah)
jadi,aku rasa dengan pemikiran yang macam tu..memang tak ada jalan lain bagi diorang untuk selesaikan masalah diorang yang sepatutnya kita mengadu masalah kepada ALLAH S.W.T dan berusaha membaiki diri dan taraf hidup kita untuk terus berjaya..

aku nak tambah sikit..sebenarnya masalah ni jadi lagi besar bila kita sendiri
kurang didikan agama dan tak memahami lebih mendalam tentang agama yang kita pegang sekarang..if didikan agama betul aku tak rasa benda ni boleh jadi..

jum tengok video ni sat :)



terima kasih.

SAYA SAYANG ALLAH <3




Sunday, July 8, 2012

APA PASAL DENGAN BLOG AKU!!!!

salam,


mood aku sekarang sangat bengang ok!! aku tak tau la apa pasal blog aku yg kiut nih tak boleh bukak dek member2 aku.........
tolong la bloggggggg...apa pasal ekau jadi macam niiiii!!! grrrrr...
stress betul aku!
*maybe aku lama tak berblogging kot hhmmm...
*malas aku nak taip banyak-banyak




(aku delete blog ni boleh tak???buat baru hahahahaa..)

Thursday, April 26, 2012

Perang-perang yg benar?!

Assalamualaikum..


Hari nie memang takmo taip banyak-banyak sebab aku sangat malas OK!!

sebenar dan sebenar-benarnya aku just nak suggests and share kat korang buku yang aku baca semenjak dua menjak nie *paham-paham la ayat aku yg macam bunga taik ayam nihhh..


busy baca buku..boleh ke mcm tu??

konon aku busy gila la kan???! hahahaha..
seriously memang aku busy sekarang, masa untuk aku luangkan kat blog yg tak seberapa ni memang peratus yang sangat rendah *ayat ala-ala orang ekonomi,nyampah!!

jum tengok sikit buku yg aku baca nihh *countdown plizzz, ahakz!!

3








2







1





.

.

.

buku hasil nukilan ABDUL LATIP TALIB..
ekceli kan, buku ni dah lama keluar aku je tak perasan ada buku yang best gila mcm ni..
untuk sapa-sapa yang suka cerita berkisah macam ilmu-ilmu gitu sesuai sangat baca buku ni..
bak kate mat salleh *bapak kawan aku...ekceli, nama pakcik tu salleh hehee..

lepas baca buku ni korang dapat rasa aura "ZERO to HERO" dalam badan korang hahaha..

:))

semoga dapat cari buku ni di kedai buku populer berdekatan anda..
ceeeewahhh!


thankyou!



Friday, March 30, 2012

Malique Tuntut Keadilan Kerajaan Malaysia

salam..




KUALA LUMPUR – Bekas anggota kumpulan hip hop Too Phat, Malique yang mencetuskan kontroversi kerana menulis lirik lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan Raja Lawak dan Kaka tampil menuntut keadilan apabila lagu ciptaannya itu diharamkan oleh RTM mulai hari ini.

Pengharaman itu dibuat kerana lirik lagu berkenaan seolah-olah menjurus kepada mengalakkan remaja untuk lari dari rumah.

Malique yang sebelum ini mendiamkan diri dan tidak dapat dihubungi pihak media massa bagi mendapatkan komennya berhubung isu itu telah tampil dengan kenyataan akhbarnya yang diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. petang ini. Berikut adalah kenyataan akhbar Malique:

Kenyataan Akhbar Daripada Malique Mengenai Lagu ‘Bawaku Pergi’:

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri.

Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas.
Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali .

Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH.

Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri.

Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ.

Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’.

Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam .

Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri.

Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata.

Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.

Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda. Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song.

If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart.

Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

SHARE UNTUK KORANG BACA..OK WHAT??



p/s: jangan marah sebab aku copy kt sini :)) chill!!!






-thank you-

Saturday, March 10, 2012

sebel.

salam..





aku SEBEL.....



perkataan yg kawan aku suka cakap tiap kali dia sebel hahahahaa..


SEBEL dlm kamuih dewan and pustakaq ada ker????


-terima kasih-

Tuesday, January 17, 2012

Christian Can't Answer a Muslim Caller

Salam..



just wanna share this vid and harap-harap sangat korang pun share this vid jugak and kalau rajin post as your entry or nak share di fesbuk pun ok jugak..^^

p/s: yang pasti, ALLAH S.W.T is our GOD and Muhammad S.A.W is our prophet and Al-Quran is our guide.

thank you!!!


Friday, January 6, 2012

sibuk

Salam


ignore gambar sebabnye, aku memang extremely busy semenjak dua menjak ni...
-__-

kerja untuk hidup yaaaaaaa....

sekian.




*busy tapi sempat pulak duk post entry pendek gila nihh..
hello!! memang la boleh pendek je pun alalalaalalala...

-pic sponsor by mr.google-

thank you!!